Pada zaman globalisasi ini, pelbagai
kemajuan telah kita lihat. Kemajuan ini juga telah dicapai dan dapat dirasai
bersama-sama. Perubahan demi perubahan yang berlaku secara drastik serta
kemajuan peningkatan teknologi, kecanggihan elektronik, kepesatan industri
pembinaan dan pembangunan serta kelajuan teknologi dalam pembuatan industri
automotif.
Tidak lupa juga, perubahan dan
peningkatan teknologi ini telah mula berkembang sehingga ke bahagian
pendidikan. Dunia telah mula berubah. Sehingga wujudnya istilah dunia tanpa
sempadan. Yang berada di timur boleh mengetahui di barat. Yang berada di
selatan boleh mengetahui tentang apa yang berlaku di utara.
Alangkah ruginya, jika kepesatan
teknologi ini, tidak dimanfaatkan ke dalam bidang pendidikan. Alangkah
malangnya jika kemajuan teknologi ini tidak digunapakai di dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pengeluaran produk berubah-berubah
sesuai dengan perubahan permintaan dari pengguna dan pembeli. Begitu juga di
bahagian pendidikan, perubahan teknik pengajaran juga berubah mengikut
perubahan kehendak pelajar.
Kata Saidina Umar Al-Khattab. Didiklah
anakmu sesuai dengan zam
annya, kerana mereka membesar bukan pada zamanmu. Oleh
kerana itu teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran amatlah bersesuaian
dengan zaman pelajar-pelajar pada masa kini dan ianya perlulah dipraktikkan
bersama.
Padlet merupakan suatu bentuk aplikasi
yang memudahkan pelajar untuk mengumpulkan segala bentul hasil kerja mereka ke
dalam suatu tempat yang sama. Ia juga bertindak sebagai medium pemudah cara
bagi pelajar-pelajar untuk mempamerkan hasil kerja dan karya mereka.
Dahulunya, padlet dikenali sebagai
Wallwhiser. Ia merupakan suatu bentuk aplikasi papan interaktif. Papan interaktif
ini, juga dikenali sebagai ‘dinding maya’ berfungsi sebagai ruangan yang
membolehkan para pelajar dan guru berkongsi segala maklumat seperti audio, video,
gambar, teks dan pautan URL. Mereka dapat mengakses dan melihat semua maklumat
yang telah dikongsi sama ada dari guru dan rakan mereka. Seterusnya membolehkan
mereka untuk saling melontarkan idea dan pemikiran sesama sendiri.
Oleh
hal demikian Padlet telah menjadi salah satu aplikasi yang popular saat ini di
dunia. Sebelum ini, kita selalu mendengar akan aplikasi seperti ‘google drive’
dan ‘dropbox’ yang fungsinya sebagi storan maklumat. Akan tetapi, kedua-dua
perisian ini tidak dapat berfungsi secara terus dan kebanyakannya digunakan
secara peribadi dan privasi.
Bagaimana saya menggunakan Padlet di dalam pembelajaran pelajar
Jika kita lihat pada entri saya yang terdahulu, saya
menerangkan kepada pelajar tentang tatacara membuat Khat Khufi menggunakan MS
Excel. Bagaimana saya dan pelajar-pelajar dapat melihat hasil karya kawan-kawan
mereka yang lain? Oleh yang demikian, kemudahan yang terdapat pada Padlet telah
memberikan saya inspirasi untuk menggunakannya.
Sudah tentu, sebarang penggunaan aplikasi yang berlegar
di ruangan internet ini memerlukan pendaftaran dan pengesahan emel mereka. Oleh
kerana itu, saya meminta agar pelajar-pelajar untuk mendaftar akaun mereka
terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Setelah mereka berjaya mendaftar akaun
masing-masing, barulah mereka dapat mengoperasikan akaun mereka sendiri.
Pelajar diminta untuk memasukkan kod atau link akaun
padlet guru. Kod ini bagi memudahkan pelajar-pelajar untuk mengakses rangkaian
yang telah dibina oleh guru, agar tidak terlepas sebarang nota yang telah
dikongsi oleh guru ataupun dapat melihat hasil kerja dan karya rakan-rakan
sekelas mereka yang lain.
suasana penggunaan aplikasi Padlet di dalam pengajaran dan pembelajaran
Pelajar-pelajar juga dapat memberikan komen pada hasil
karya yang telah dikongsikan oleh orang lain. Selain itu, sekiranya terdapat paparan
yang terdapat di ruangan tersebut yang kurang difahami oleh mereka, pelajar
terus boleh mengajukan pertanyaan di situ. Hasilnya, mereka akan mendapat
penerangan yang jelas dan jawapan kepada pertanyaan mereka sebentar tadi.
Selain daripada itu, pelajar dapat menilai dan memberikan
idea yang positif dari hasil kerja orang lain, agar di masa akan datang nanti,
mereka mampu menghasilkan karya yang menarik dan penuh inovasi. Maka, dari situ
bermulalah kesedaran akan kesilapan dan kekurangan mereka agar ianya dapat
diperbaiki. Jika hasil mereka tidak mempunyai kesilapan. Perbandingan ini dapat
melahirkan rasa penghargaan kepada hasil kerja dan pendapat orang lain dengan
meletakkan pujian dan ucapan tahniah.
Kesimpulannya penggunaan padlet:
- Menggalakkan penyertaan dari semua
pelajar
- Semua pelajar dapat memberikan idea dan
komentar mereka yang bernas
- Pelajar dapat menjadikannya sebagai
rujukan tidak kira masa
- Pembelajaran menjadi lebih mudah dan
menarik kerana segala pautan boleh disertakan bersama seperti gambar, audio,
corak dan lain-lain
- Membentuk pelajar lebih menghargai
pelajar lain sama ada dari hasil kerja mereka mahupun menghormati idea mereka
melalui kaedah perkongsian
1 comments:
Penerangan pengunaan padlet untuk berkongsi maklumat (terutamanya gambar) untuk rancangan pelajaran ini menjelaskan penjimatan masa dalam kelas.
- Nawal
Post a Comment