Menjadi seorang guru pada hari ini, amatlah
berbeza pada 30 tahun yang lalu. Segala bahan mengajar yang digunakan juga
berbeza. Begitu juga dengan pelajar-pelajar pada hari ini, sungguh jauh
perbezaan mereka jika ingin dibandingkan dengan situasi pelajar yang dulu.
Bukanlah perbezaan itu diungkapkan dari sudut paras rupa, pakaian dan ragam
mereka. Namun perbezaan yang dimaksudkan ini, lebih tertumpu kepada bahan bantu
mengajar yang boleh menarik minat mereka ketika sesi pembelajaran di dalam
kelas.
Keserasian sumbangan idea dari pakar meskipun tidak berlatar belakangkan pendidikan.
Pelbagai perisian dan aplikasi menarik yang
telah dibangunkan oleh ‘software engineer’ dan ‘programmer’ bagi memudahkan
dunia pendidikan sekarang. Meskipun mereka ini, bukanlah individu yang
berijazah pendidikan, namun mereka dapat menyumbangkan segala bentuk program
dan aplikasi yang menarik untuk digunapakai oleh semua lapisan pelajar. Selain
itu, segala kemudahan ini juga boleh didapati secara terus melalui web carian
google sahaja tanpa perlu menginstall terlebih dahulu ke dalam komputer.
Berbanding dengan kaedah dan teknik pengajaran
pada masa lalu, ianya lebih tertumpu kepada kemahiran dan kepakaran guru. Guru
akan menerangkan di hadapan dan menulis di papan hitam manakala pelajar pula
melihat buku teks sambil mendengar penerangan dari guru. Akan tetapi, suasana
pembelajaran ini akan berubah apabila terdapat elemen-elemen dan pengaruh
teknologi di dalam pembelajaran mereka. Sebagai contoh, apabila teknologi
dipraktikkan di dalam pengajaran dan pembelajaran, pengetahuan pelajar tidak
tertumpu hanya kepada buku teks dan penerangan dari guru.
Mereka juga boleh mendapatkan maklumat dari sumber-sumber yang sahih dan jelas berkaitan dengan segala jenis mata pelajaran yang mereka minati. Pengetahuan mereka tidak terhad. Hal ini kerana, mereka boleh menambah pengetahuan dengan lebih terperinci dan menarik meskipun tidak pernah menjejakkan kaki ke negara tersebut seandainya mereka diminta untuk menceritakan tentang keadaan di sesebuah negara lain.
Mereka juga boleh mendapatkan maklumat dari sumber-sumber yang sahih dan jelas berkaitan dengan segala jenis mata pelajaran yang mereka minati. Pengetahuan mereka tidak terhad. Hal ini kerana, mereka boleh menambah pengetahuan dengan lebih terperinci dan menarik meskipun tidak pernah menjejakkan kaki ke negara tersebut seandainya mereka diminta untuk menceritakan tentang keadaan di sesebuah negara lain.
Meningkatkan kemahiran dan bakat terpendam
Teknologi yang dipraktikkan di dalam
pengajaran dan pembelajaran, mampu untuk menaikkan semangat pelajar seterusnya
memberikan peluang kepada mereka untuk bersaing dan menilai kelebihan diri
masing-masing. Kadangkala, mereka tidak tahu kecenderungan dan kemampuan
sendiri sehinggalah mereka berhadapan dengan suasana pembelajaran yang
berkonsepkan ‘e-learning’. Kemahiran ini juga dapat dikembangkan dengan kecekapan
mereka mengoperasikan sebarang bentuk perisian dan peralatan elektronik dari
masa ke semasa.
0 comments:
Post a Comment