Microsoft Excel (MS Excel) ialah suatu perisian hamparan kerja (spreadsheet) elektronik. Ianya digunakan untuk menyimpan dan mengubah data. Data-data ini kemudiannya disunting dan dipaparkan dalam bentuk yang lebih tersusun dan mudah untuk dilihat seperti bentuk jadual, carta mahupun graf. Selain itu, ia juga dapat ditambah dengan sebarang bentuk pengiraan Matematik seperti darab bahagi, tambah tolak dengan mudah, pantas dan tepat.
KELEBIHAN APLIKASI MS EXCEL DALAM PEMBELAJARAN
- Mudah untuk diakses dan diuruskan.
- Tidak tertumpu hanya kepada satu tujuan penggunaan sahaja.
- Pelajar dan Guru berpeluang memvariasikan corak, warna, dan bentuk kotak tulisan.
- Memberi idea yang baru kepada pelajar tentang idea penggunaan MS Excel.
- Menimbulkan rasa teruja melalui perisian yang dianggap mudah ini, tetapi mampu membina keunikan dan kelainan.
Ramai dikalangan pengguna komputer khususnya dikalangan guru dan pelajar yang beranggapan bahawa, MS Excel ini, hanya digunakan untuk membuat jadual sahaja. Namun, hakikatnya tidak semua yang mengetahui ianya mempunyai kelebihan tersendiri. Kelebihannya itu telah saya gunakan sebagai medium untuk mempraktikkan pelajar dalam memahirkan diri bagi penguasaan penulisan Khat Khufi.
pelajar sedang tekun membuat Khat Khufi |
Sebagai
seorang guru, saya perlulah mendedahkan tentang kaedah yang mudah dan terkini.
Di mana, kaedah tersebut mudah difahami oleh pelajar. Di samping itu, kaedah
tersebut seharusnya sejajar dengan penggunaan teknologi di dalam sesi Pdp.
Umum
mengetahui bahawa, penulisan Khat Khufi ini agak unik dan penuh dengan
kesenian. Pada mereka yang tidak mengetahuinya, pasti akan merasakan bahawa
penulisan khat tersebut mestilah ditulis menggunakan pen, pembaris dan pensil
warna.
Tidak
terkecuali juga, kepada pelajar-pelajar saya, mereka juga menyangka akan hal
yang sedemikian. Pendedahan ini, memudahkan mereka untuk mula berkarya
menggunakan perisian ini dan dapat digunakan pada bila-bila masa di mana jua
mereka berada.
di antara hasil karya seni pelajar menggunakan aplikasi ini
Langkah Pertama: Pelajar perlu klik perisian ‘MS Excel’
Langkah
Kedua: Pelajar mengikuti langkah demi
langkah mengikut arahan berdasarkan tutorial yang diberikan
Langkah
Ketiga : Pelajar perlu memilih keliling
beberapa kotak kecil yang terdapat di ruangan aplikasi ini. Kotak-kotak ini akan dijadikan sebagai bingkai
Langkah
Keempat: Pelajar memilih beberapa kolum yang sesuai dan barisan untuk dijadikan sebagai tempat untuk ditulis khat ini.
Langkah
Kelima: Kotak yang berada di bahagian
penjuru kiri kanan bahagian atas dan bawah akan digunakan untuk dihias sebagai
corak
Langkah
Keenam: Pelajar mempamerkan hasil kerja Khut Khufi menggunakan MS Excel kepada guru
Video
Penggunaan MS Excel di dalam sesi PdP
Kesimpulannya,
MS Excel merupakan suatu perisian yang mesra pengguna. Di samping boleh
digunakan untuk kerja-kerja pejabat. Ianya juga mampu dijadikan sebagai alat
untuk menulis Khat Khufi. Kebanyakan perisian yang dibina oleh Syarikat
Microsoft, sangat dekat dengan hati pengguna komputer yang lain. Perisian ini
sangat mudah untuk dioperasikan dan tidak memerlukan komputer yang berteknologi
tinggi.
RESPON PELAJAR BERKENAAN PENGGUNAAN MS EXCEL DI DALAM SENI PENULISAN KHAT KHUFI
Maklum balas pelajar berkaitan aplikasi ini
1 comments:
Tahniah ustaz, saya turut belajar sesuatu yang baharu untuk menulis khufi menggunakan excel. Teruskan memberi inspirasi dan ilmu kepada anak-anak pelajar.
Post a Comment